Dari segi bahasa Ilmu adalah lawan daripada perkataan bodoh/ jahil.
Dari segi istilah pula Ilmu bermaksud mengetahui tentang sesuatu hingga sampai kepada hakikatnya. Ilmu juga merupakan suatu sifat yang menyingkap (rahsia) sesuatu secara sempurna.
Dari segi syarie pula Ilmu yang sahih adalah ilmu yang sesuai dengan amal, baik amalan hati, amalan lisan, mahupun anggota badan, sesuai dengan petunjuk Rasulullah saw. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Fatawa 10/664)
Berkata Ali bin Abi Thalib :
Sesungguhnya yang disebut orang 'alim adalah orang yang beramal dengan ilmunya dan yang ilmunya sesuai dengan 'amalnya. (At Tibyan fie adab hamlatil Quran, An Nawawi)
disyariatkan menuntut ilmu
(Al 'Alaq 96:1-5; At Taubah 9:122)
Penerangan tentang At Taubah (9:122) – Telah berkata Ad Dahak: Jika Rasulullah saw mengajak berjihad maka tidak boleh tertinggal di belakang kecuali mereka yang uzur. Akan tetapi jika Rasulullah saw menyerukan sebuah sariyah (angkatan perang kecil), maka hendaklah segolongan pergi ke medan perang dan segolongan lagi tinggal bersama Rasulullah saw untuk memperdalamkan pengetahuannya tentang Dien, untuk diajarkan kepada kaumnya apabila kembali. (Tafsir Ibnu Kathir)
Telah bersabda Rasulullah saw:
Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. (Hadis Riwayat Baihaqi, Ibnu Abdil Bar, Thabrani, Jamius Shagir, Syuyuti 5264)
Imam Al Bukhari berkata:
Ilmu itu sebelum perkataan dan perbuatan, kerana Allah berfirman, Ketahuilah bahawa tidak ada ilah kecuali hanya Allah.
larangan berkata tanpa ilmu
Allah telah mengharamkan perkataan tanpa ilmu, terutama pada permasalahan yang berkenaan tentang Allah dan urusan haram dan halal tanpa hujah syarie.
a) (Al Isra’ 17:36; Al A’raf 7:33)
b) Rasulullah saw telah bersabda:
Barang siapa yang berbicara tentang sesuatu berkenaan dengan Al Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah menempati tempatnya di neraka. (Hadis Riwayat Tirmidzi Dan Ahmad)
Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka bersiap-siaplah menempati tempat kembalinya di neraka. (Mutafaqun Alaih)
Cukuplah seseorang disebut sebagai pendusta jika mengatakan segala apa yang didengarnya. (Hadis Riwayat Muslim).
c) Abu Bakar berkata:
Bumi mana yang akan melindungiku, dan langit mana yang akan menaungiku bila aku berkata sesuatu tentang Allah yang aku tidak ketahui. (Imam Baghowi, Syarh Sunnah 1/244)
d) Abu Hushain berkata:
Sungguh salah seorang diantara kalian mudah berfatwa dalam suatu urusan yang seandainya ditanyakan kepada Umar, ia akan mengumpulkan seluruh Ahli Badar (untuk menjawabnya). (Imam Baghowi, Syarh Sunnah 1/244)
fungsi ilmu
Sebagai alat ma'rifatullah. (Muhammad 47:9)
Barang siapa dikehendaki Allah padanya kebaikan, maka Allah akan memahamkan Dien kepadanya. (Hadis Riwayat Muslim)
Menunjukkan jalan yang benar (haq) dan meninggalkan kebodohan.
Barang siapa dikehendaki Allah diberikannya kepadanya kebaikan, maka Allah akan memahamkan Dien kepadanya. (Mutafaqun Alaih)
Ibnu Qayyim Al Jauziyah berkata bahawa Rasulullah saw mengidentitikan kejahilan sebagai penyakit dan menjadikan bertanya kepada Ulama' sebagai ubatnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Bukankah ubat kejahilan itu bertanya? (Hadis Riwayat Hakim, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Sebagai Syarat diterimanya amal dan dasar daripada seluruh perkataan dan perbuatan.
'Aisyah Ummul-mukminin meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
Barang siapa beramal tanpa dasar dari kami, maka tertolaklah amalan tersebut. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Munir berkata bahawa ilmu adalah syarat benarnya perkataan dan perbuatan; kedua-duanya tidak bernilai kecuali dengan ilmu, maka ilmu harus ada sebelum perkataan dan perbuatan, kerana ilmu adalah pembenar niat, sedang amal tidak diterima tanpa niat yang benar. (Ibnu Hajar, Fathul Bari)
pembahagian ilmu
Dari Anas, dari 'Aisyah ra berkata: Bersabda Rasulullaah saw, Untuk urusan dunia kalian, maka kalian lebih mengetahui, sedangkan untuk urusan dien, maka kembalikanlah kepadaku. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat dua klasifikasi pokok dalam pembahagian ilmu, iaitu:
Ilmu Dien/ Ilmu Syarie:
a. Fardu 'Ain, iaitu ilmu-ilmu yang dengannya barulah sah aqidah dan ibadah seorang hamba. (contohnya seperti Rukun Iman dan Rukun Islam)
b. Fardu Kifayah, iaitu ilmu-ilmu yang membahas cabang ilmu dien secara terperinci. (contohnya seperti ilmu tafsir, ilmu hadis dan ilmu faraidh)
Ilmu Dunia iaitu segala ilmu yang dengan ilmu tersebut tertegaklah mashlahat dunia dan kehidupan. Hukum mempelajarinya ialah Fardu Kifayah. (contohnya seperti ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu astronomi dan ilmu falak, ilmu ketenteraan, ilmu ekonomi dan sebagainya)
alat mencari ilmu
Allah telah memberikan kepada manusia tiga alat untuk dapat mengenal Rabbnya, iaitu: pendengaran, penglihatan dan hati. (An Nahl 16:78)
Sesiapa yang tidak menggunakan hati, mata dan telinga untuk mencari ilmu yang haq maka tetaplah baginya Jahannam (neraka). (Al A’raf 7:179)
metode mencari ilmu
Pada masa golongan-golongan awal Islam/ salaf :-
Para salaf tidak menuntut ilmu kecuali kepada ahlinya, iaitu para Ulama' yang tsiqah (terpercaya) dan termasyhur kedalaman ilmunya, sehingga mereka mengadakan rihlah (perjalanan) dalam tholabul ilmi (menuntut ilmu) sampai ke negeri-negeri yang jauh.
· Berkata Ibnu Sirin:
Sesungguhnya ilmu itu adalah dien, maka lihatlah kepada siapa kamu mengambil ilmumu. (Muqaddimah Sahih Muslim)
· Ibnu Abbas ra berkata:
Dulu jika kami mendengar seseorang berkata Rasulullah bersabda begini (membaca hadis) kami cepat-cepat memperhatikan dan mendengarkannya. Akan tetapi setelah terjadi kesulitan kepada manusia dan mereka mempermudahkan urusan (terjadinya fitnah), kami tidak mengambil (hadis/ ilmu) daripada mereka kecuali orang-orang yang telah kami ketahui (ketsiqhannya/ orang itu terpercaya).
· Ibrahim (An Nakhaiy) berkata:
Mereka (para salaf) jika mendatangi para 'alim untuk mengambil ilmu darinya melihat kepada sifat-sifatnya, solatnya dan keadaannya, kemudian barulah mengambil ilmu daripadanya. (Khatib Al Baghdadi, Adab Tholibul Hadis)
Pada masa kini:
a) Sedikitnya Ulama’ pada masa kini terutama yang sampai ke darjat mujtahid mengakibatkan kesukaran untuk menuntut ilmu
Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya di antara tanda dekatnnya hari kiamat ialah sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan. (Hadis Riwayat Al Bukhari)
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak mengangkat ilmu dengan seketika dari manusia tetapi dengan mematikan Ulama’, sampai apabila tidak tinggal seorang 'alim pun, manusia akan mengangkat para pemimpin yang bodoh yang ketika ditanya ia akan berfatwa tanpa ilmu, maka ia sesat dan menyesatkan mereka itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
b) Untuk mencari ilmu syarie, cara yang paling baik untuk mempelajari ilmu dien adalah sebagaimana apa yang telah disarankan oleh Syeikh Utsaimin iaitu dengan dimulai dengan:
i. Al Quran beserta tafsirnya. (contohnya seperti tafsir Ibnu Katsir)
ii. As Sunnah Rasulullah yang sahih (contohnya seperti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim) beserta syarahnya. (contohnya seperti Fathul Bari dan Nailul Authar)
iii. Kitab-kitab Fiqh. (contohnya seperti Al Majmu' karangan Imam Nawawi, Al Mughny karangan Ibnu Qudamah)
iv. Kitab-kitab para Ulama’ yang memiliki keilmuan yang tinggi, seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim.
v. Kitab-kitab karangan para Ulama’ (sekarang) yang merujuk kepada Ulama’ Salaf (terdahulu).
kelebihan-kelebihan ilmu
Ilmu mengangkat darjat pemiliknya. (Al Mujadalah 58:11)
Sebagai tanda bahawa pemiliknya berada di atas kebaikan.
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa dikehendaki Allah padanya kebaikan, maka Allah akan memahamkan Dien kepadanya. (Mutafaqun Alaih)
Dimudahkan jalannya menuju jannah.
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa menempuh suatu perjalanan dalam menuntut ilmu, maka Allah akan melapangkan jalannya ke jannah. (Hadis Riwayat Muslim)
Dinaungi para malaikat dan didoakan olehnya serta seluruh penghuni langit dan bumi bahkan semut dan ikan di lautan.
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya para malaikat menaungi dengan sayapnya orang yang mencari ilmu, dikeranakan reda kepada apa yang dicari. (Hadis Hasan Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya Allah, para malaikat, penduduk langit dan bumi, sampai semut dan ikan mendo'akan kebaikan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Menuntut Ilmu berada di jalan Allah (fi sabilillah).
Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali. (Hadis Hasan Riwayat Tirmizi)
Seorang 'Alim lebih afdhal (mempunyai kelebihan) daripada seorang 'Abid.
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya keutamaan seorang 'Alim atas seorang 'Abid seperti kelebihan cahaya rembulan dari seluruh bintang-bintang. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Abi Umamah meriwayatkan daripada Rasulullah saw: Fadhilah (keutamaan) seorang 'Alim atas seorang 'Abid seperti kelebihanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. (Hadis Riwayat Tirmizi, Jami'ush Shaghir: 5859)
Mendapatkan pahala seperti pahala amalan orang yang kepadanya diajarkan ilmu tersebut.
Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya. (Hadis Hasan Sahih Riwayat Tirmidzi)
Pahala 'Alim yang bermanfaat ilmunya tidak terputus setelah wafatnya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya. (Hadis Riwayat Muslim)
karekteristik orang yang ‘alim (berilmu)
Khosyatullah (takut kepada Allah). (Fatir 35:28)
Ilmunya sesuai dengan amal perbuatannya dan selalu beramal (taat) sesuai dengan ilmunya.
Ali bin Abi Thalib ra berkata: Hanyasanya seorang yang 'alim itu ialah yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya sesuai dengan amalnya. (An Nawawi, At Tibyan fie Hamlatil Quran)
Mendakwahkan ilmunya dan tidak menyembunyikannya. Hal ini kerana mereka faham benar laknat Allah swt yang akan menimpa orang yang menyembunyikan ilmunya. (Al Baqarah 2:159)
Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walaupun satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Abu Dzar Al Ghifari ra berkata: Seandainya kalian (para raja) meletakkan sebilah pedang di mulut ini agar aku menyembunyikan satu perkara yang aku dengar dari Rasulullah saw maka pasti aku sampaikan urusan itu walau tidak kalian izinkan. (Hadis Riwayat Bukhari, Nasai dan Darimi)
Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang ditanya tentang suatu ilmu lalu dia sembunyikannya, maka pada hari kiamat Allah akan memasang padanya kekang dari api neraka. (Jamius Shagir 8732)
Selalu berfikir dan mentadabbur (merenung) tanda-tanda kekuasaan Allah Azza wa Jalla yang berakhir dengan kesimpulan dan keyakinan bahawa ayat-ayat Allah adalah haq dan tidak ada sedikitpun kebatilan di dalamnya. (Ali Imran 3:7,190; Fussilat 41:42)
Selalu mengikuti yang terbaik dan paling mendekati kebenaran.
Imam Malik berkata: Setiap orang diambil dan ditolak perkataannya, kecuali pemilik kubur ini (Rasulullah saw). (Bidayah wan Nihayah)
Umar ra pernah melarang mahar yang berlebihan dalam nikah, tiba-tiba berdiri seorang wanita dan berkata: Apakah engkau akan melarang sesuatu yang diperbolehkan Allah Azza wa Jalla. (An Nisa 4:20)
Maka umar berkata: Benar perkataan wanita itu dan salahlah pendapat Umar. (Ibnu Kathir, Al Quranul Azim)
disalin dari alghurahy@dion.ne.jp
Tidak ada komentar:
Posting Komentar